9 September 2007

2. SEORANG ISTERI




Bila sudah bertemu jodoh maka jadilah suami isteri. Suami bertanggungjawab menjaga isteri dan isteri pula menjaga suami. Kedamaian dan kerukunan rumah tangga bergantung kepada persefahaman antara suami isteri.


Keupayaan fizikal antara suami dan isteri adalah berbeza. Semasa mengandung keadaan isteri tidak sekuat berbanding dengan sebelum mengandung. Begitu juga apabila sudah bersalin, selama lebih kurang empat puluh hari keadaan fizikal menjadi tidak begitu kuat dan lemah.

Ketika inilah seorang suami perlu memainkan peranan dengan membantu meringankan bebanan seperti mengemas, memasak, membasuh pakaian dan menjaga anak. Waktu membantu isteri semasa bersalin tidak perlu sehingga empat puluh hari melaksanakan kerja-kerja tersebut tetapi sekurang-kurangnya dalam masa 10 hari pun sudah memadai. Alangkah bahagianya hati isteri bila melihat seorang suami yang sanggup membantunya yang sedang menghadapi kesusahan.

Sesungguhnya suami sewajarnya membantu isteri bukan sahaja ketika isteri sedang mengandung atau bersalin tetapi juga pada masa-masa lain. Janganlah mentang-mentang jadi suami maka semua kerja di rumah harus dilakukan oleh isteri. Janganlah menjadi suami yang dikatakan hanya pandai buat anak tetapi tidak pandai nak menjaga anak.

Hidup saling bantu membantu antara suami isteri sesungguhnya bukan sahaja akan membawa kebahagiaan kepada mereka berdua tetapi juga kepada anak-anak dan keluarga.


1. BONDA HJH CHE HASMAH BINTI CHE AHMAD

Oh ibu, kasihmu kasih sejati. Sayangmu pada anak-anak tidak dapat kami gambarkan dengan lukisan dan tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata yang indah. 

Doakanlah agar ibu sentiasa sihat dan bahagia sepanjang masa baik di dunia mahupun akhirat. 

Oh ibu, kami benar-benar menyayangimu. Engkaulah tempat kami memohon restu, memohon didoakan kebahagiaan dunia dan akhirat, tempat mengadu dan meminta nasihat. 

Tanpamu siapalah kami. 

Oh Ibu - I love you so much and forever.


Wan Nazarie bersama ibu di Sabah pada 1//9/07 

Biodata

Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood dilahirkan pada 6 Ogos 1959 di Kota Bharu, Kelantan. Memiliki bacelor ekonomi drp Universiti Malaya pada tahun 1984.

Bertemu jodoh dengan seorang gadis dari Muar, Norsina Panot pada tahun 1981 dan memperolehi lima orang anak iaitu Wan Nur Fazni (USIM), Wan Fahmi (University of Edinburgh), Wan Farhan (Bisnes), Wan Fadhlin Sakina (SMS Ulu Selangor) dan Wan Fakhruddin Atiqi (Darjah 1).

Mula berkhidmat dengan kerajaan Malaysia di Jabatan Penjara sebagai Timbalan Penguasa Penjara pada tahun 1.8.1985.

(21 May 2014: Latest updated)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails