9 September 2007

SEORANG ISTERI

Bila dah bertemu jodoh maka jadilah suami isteri. Suami bertanggungjawab menjaga isteri dan isteri pula hendaklah menjaga suami. Kedamaian dan kerukunan rumah tangga bergantung kepada persefahaman antara suami isteri.

Keupayaan fizikal antara suami dan isteri adalah berbeza. Semasa mengandung keadaan isteri tidak sekuat berbanding dengan sebelum mengandung. Begitu juga apabila sudah bersalin, selama empat puluh hari keadaan fizikal menjadi tidak begitu kuat dan lemah.

Ketika inilah seorang suami perlu memainkan peranan dengan membantu meringankan bebanan seperti mengemas, memasak, membasuh pakaian dan menjaga anak. Waktu membantu isteri semasa bersalin tidak perlu sehingga empat puluh hari melaksanakan kerja-kerja tersebut tetapi sekurang-kurangnya tujuh hari sudah cukup. Alangkah bahagianya hati isteri bila melihat seorang suami yang sanggup membantunya yang sedang menghadapi kesusahan.

Sesungguhnya suami sewajarnya membantu isteri bukan sahaja semasa isteri mengandung atau bersalin tetapi juga di masa-masa lain. Janganlah mentang-mentang jadi suami maka semua kerja di rumah hendaklah dilakukan oleh isteri. Janganlah menjadi suami yang dikatakan hanya pandai buat anak tetapi tidak pandai nak menjaga anak.

Hidup saling bantu membantu antara suami isteri sesungguhnya bukan sahaja akan membawa kebahagiaan kepada mereka berdua tetapi juga kepada anak-anak dan keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Biodata

Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood dilahirkan pada 6 Ogos 1959 di Kota Bharu, Kelantan. Memiliki bacelor ekonomi drp Universiti Malaya pada tahun 1984.

Bertemu jodoh dengan seorang gadis dari Muar, Norsina Panot pada tahun 1981 dan memperolehi lima orang anak iaitu Wan Nur Fazni (USIM), Wan Fahmi (University of Edinburgh), Wan Farhan (Bisnes), Wan Fadhlin Sakina (SMS Ulu Selangor) dan Wan Fakhruddin Atiqi (Darjah 1).

Mula berkhidmat dengan kerajaan Malaysia di Jabatan Penjara sebagai Timbalan Penguasa Penjara pada tahun 1.8.1985.

(21 May 2014: Latest updated)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails