19 Mac 2011

MARAHKAN ENJIN

Pada 17 Mac 2011, di negara China, seorang pemilik kereta yang kaya mengupah beberapa pekerjanya merosak dan menghancurkan sebuah kereta mewah Lamborghini miliknya dengan menggunakan tukul besi yang besar kerana tidak berpuas hati dengan pihak penjual yang tidak dapat menyelesaikan masalah berhubung dengan penggantian enjin.

Usahlah anda meniru atau mencontohi pemilik itu walaupun anda merupakan orang yang berada atau jutawan. Alangkah baiknya jika anda melepaskan geram atau kemarahan dengan cara lain kerana dengan cara itu bererti anda melakukan pembaziran dan sesungguhnya mereka yang membazir merupakan kawan kepada syaitan. Lebih baik anda menjual sahaja kereta itu dan gunakan hasil jualan itu dengan menderma kepada orang miskin atau anak-anak yatim. Mungkin hari ini anda mempunyai wang yang banyak tetapi esok atau lusa, ianya belum tentu lagi. Kalau Allah mahu tarik balik rezeki anda, dalam sekelip mata sahaja boleh berlaku. Saya percaya perbuatan pemilik kereta itu merupakan orang yang tidak bersyukur dan terlalu ego dengan harta kekayaan yang ia miliki. Cuba anda renungkan satu peristiwa yang menyedihkan terjadi di Jepun, akibat gempa bumi dan Tsunami yang berlaku pada 11 Mac 2011, kemusnahan besar harta benda dan kematian yang ramai menyebabkan kerugian yang dialami oleh negara Jepun sehingga mencecah berbillion US dollar. Kerugian dan kemusnahan yang dahsyat itu sudah pasti melibatkan  semua golongan tanpa mengira miskin atau kaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Biodata

Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood dilahirkan pada 6 Ogos 1959 di Kota Bharu, Kelantan. Memiliki bacelor ekonomi drp Universiti Malaya pada tahun 1984.

Bertemu jodoh dengan seorang gadis dari Muar, Norsina Panot pada tahun 1981 dan memperolehi lima orang anak iaitu Wan Nur Fazni (USIM), Wan Fahmi (University of Edinburgh), Wan Farhan (Bisnes), Wan Fadhlin Sakina (SMS Ulu Selangor) dan Wan Fakhruddin Atiqi (Darjah 1).

Mula berkhidmat dengan kerajaan Malaysia di Jabatan Penjara sebagai Timbalan Penguasa Penjara pada tahun 1.8.1985.

(21 May 2014: Latest updated)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails