16 Julai 2011

HIKMAH DI MASJID ISTIQLAL JAKARTA

Masjid Istiqlal terletak di Jakarta di tengah-tengah Kota Jakarta yang dibina oleh Presiden Sukarno pada tahun 1945. Mempunyai 200 ribu kapasiti jemaah dan merupakan masjid yang terbesar di Asia Tenggara. Jika difikirkan kenapa dibina masjid yang begitu besar kira-kira 66 tahun dahulu walhal penduduk Jakarta pada ketika itu tidaklah begitu ramai. Rupa-rupanya Bung Karno memilikii visi yang begitu jauh. Nah sekarang tahun 2011, penduduk Jakarta sudah mencapai 23 juta orang lantas jika diukur dengan penduduknya maka masjid tersebut secara relatifnya tidak lagi begitu besar.

Saya mula menjejak kaki di Indonesia pada tahun 2002 dan tempat yang pertama saya tuju ialah Jakarta. Tujuannya memberi ceramah mewakili Ketua Pengarah Penjara Malaysia kepada seluruh ketua institusi penjara Indonesia atas undangan Dirjen Penjara Indonesia, Dr Adi Sujatno.

Sewaktu hendak bersolat Jumaat saya dibawa oleh Pak Wiyono, Pengarah Pemulihan Penjara Indonesia ke Masjid Istiqlal yang terletak tidak jauh dari penginapan saya iaitu Hotel Borobudur. Semasa memasuki kawasan masjid saya mendapati ia mempunyai banyak harta karun dan saya harus mencarinya sehingga berjaya. Sekiranya saya berjaya sudah pasti akan menjadi orang yang sangat gembira.

Sejak itu setiap tahun saya ke Indonesia dan secara purata sebanyak tiga kali setahun. Antara tempat yang paling kerap saya lawati ialah Jakarta dan Bandung. Setiap kali tinggal di Jakarta saya tidak pernah miss ke Masjid Istiqlal termasuk pada bulan Ramadhan kerana harta karun yang saya cari masih belum dapat ditemui biarpun sudah bertahun-tahun lamanya.

Setiap kali selepas solat di masjid itu, saya berdoa seperti berikut:

Ya Allah ya tuhanku, ampunilah dosaku dan kedua ibubapaku. Berilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah membela dan membesarku semenjak kecil. Ampunilah dosa isteriku, anak-anakku, keluargaku, kaum muslimin dan muslimat. Ya Allah, berilah dan tambahlah keimanan, ketaqwaan, kerahmatan, keberkatan, kesabaran, ketenteraman, kejayaan, keselamatan, kesenangan, kebahagiaan dunia dan akhirat, perlindungan daripada bala dan bencana, kesihatan yang baik, umur yang panjang, kemurahan rezeki yang halal, taufik dan haidayah kepadaku, keluargaku, kaum muslimin dan muslimat.

Dari semasa ke semasa dan dari setahun ke setahun saya mendapati beberapa perubahan atau penambahbaikan berlaku ke atas diri saya. Antaranya:

a) Dapat menunaikan solat berjemaah di surau atau masjid dengan lebih kerap terutamanya Subuh.

b) Tidak cepat marah apabila keluarga atau anak buah buat silap atau salah.

c) Dapat membaca buku setiap hari dengan lebih konsisten.

d) Dapat melakukan joging sejauh 3 hingga 5 kilometer setiap hari sejak tahun 2008 sehinnga sekarang.

e) Berjaya menulis buku yang mengandungi lebih daripada100 tajuk ringkas.

f) Dapat mengamalkan pemikiran yang positif 

g) Berjaya mendaki Gunung Kinabalu sebanyak empat kali dan Gunung Tahan sebanyak dua kali.

h) Dapat menerima hakikat dan bersabar semasa ditimpa musibah.

i) Dan lain-lain.

Perkara di atas merupakan kejayaan yang sangat mengembirakan saya dan merupakan harta yang sangat bernilai. Kenapa anda mahu mencari harta karung? Jawabnya kerana ia sangat bernilai lantas akan mengembirakan anda.

Akhirnya harta karun yang saya cari di Masjid Istiqlal dapat saya temui iaitu harta yang sangat bernilai umpama harta karun. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Biodata

Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood dilahirkan pada 6 Ogos 1959 di Kota Bharu, Kelantan. Memiliki bacelor ekonomi drp Universiti Malaya pada tahun 1984.

Bertemu jodoh dengan seorang gadis dari Muar, Norsina Panot pada tahun 1981 dan memperolehi lima orang anak iaitu Wan Nur Fazni (USIM), Wan Fahmi (University of Edinburgh), Wan Farhan (Bisnes), Wan Fadhlin Sakina (SMS Ulu Selangor) dan Wan Fakhruddin Atiqi (Darjah 1).

Mula berkhidmat dengan kerajaan Malaysia di Jabatan Penjara sebagai Timbalan Penguasa Penjara pada tahun 1.8.1985.

(21 May 2014: Latest updated)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails