2 Ogos 2011

SEMANGAT TASIK SENDAYAN PENJARA PENOR

Tasik Sendayan Penjara Penor pada asalnya merupakan kawasan yang berpaya. Ia mula diusahakan pada tahun 1994 oleh kakitangan dan banduan Penjara Penor. Pada mulanya dijangkakan sangat mustahil untuk merubah sebuah kawasan yang dipenuhi dengan pokok dan belukar serta  airnya berwarna hitam pekat yang berbau agak busuk tetapi dengan semangat kerjasama tinggi antara kakitangan dan banduan Penjara Penor akhirnya sebuah tasik yang indah bernama Tasik Sendayan berjaya dibina. Ia mempunyai keluasan kira-kira dua buah padang bolasepak.


Staf Penjara Penor sedang membersihkan kawasan
 paya untuk menjadikan Tasik Sendayan 1994-1997










2 ulasan:

  1. Mana abah dapat gambar ni? Nostalgia betul. Upload la lagi. Kalau-kalau ada gambar ami dan adik main paya. Hehe

    BalasPadam
  2. Kenangan ni kat tasik ni. Mancing kt cni best. Guna roti je. Lampam berlambak dpt

    BalasPadam

Biodata

Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood dilahirkan pada 6 Ogos 1959 di Kota Bharu, Kelantan. Memiliki bacelor ekonomi drp Universiti Malaya pada tahun 1984.

Bertemu jodoh dengan seorang gadis dari Muar, Norsina Panot pada tahun 1981 dan memperolehi lima orang anak iaitu Wan Nur Fazni (USIM), Wan Fahmi (University of Edinburgh), Wan Farhan (Bisnes), Wan Fadhlin Sakina (SMS Ulu Selangor) dan Wan Fakhruddin Atiqi (Darjah 1).

Mula berkhidmat dengan kerajaan Malaysia di Jabatan Penjara sebagai Timbalan Penguasa Penjara pada tahun 1.8.1985.

(21 May 2014: Latest updated)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails