14 September 2011

SENARAI SEMAK PEMIMPIN


Untuk menjadi seorang pemimpin bukanlah mudah dan untuk melaksanakan tanggungjawabnya lagi sukar. Contohnya:

a) Menjadi bapa - betapa besarnya tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya.

b) Menjadi guru - betapa besarnya tanggungjawab terhadap murid-muridnya.

c) Menjadi doktor - betapa besarnya tanggungjawab terhadap pesakit-pesakitnya.

d) Menjadi jurutera - betapa besarnya tanggungjawab terhadap sesuatu projek.

e) Menjadi pemeritah - betapa besarnya tanggungjawab terhadap rakyat.

f) Menjadi ketua - betapa besarnya tanggungjawab terhadap pekerja-pekerja.

Sama ada anda merupakan seorang pemimpin yang kecil, sederhana atau tinggi anda tetap bertanggungjawab dan berkewajipan untuk melaksanakan segala amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Kegagalan melaksanakan tanggungjawab tersebut menyebabkan anda akan menerima balasan yang setimpal sama ada di dunia atau akhirat. Pemimpin yang baik akan mendapat balasan yang baik daripada Allah dan begitu juga sebaliknya.

Apabila anda sudah menjadi pemimpin anda perlu menambahkan ilmu kepimpinan melalui pengalaman, bacaan, ceramah, kursus, bengkel dan seminar. Bagi memastikan diri anda benar-benar merupakan seorang pemimpin yang bertanggungjawab sebaiknya anda mempunyai senarai semak atau checklist yang perlu anda jadikan sebagai panduan dalam melaksanakan kewajipan sebagai seorang pemimpin. Senarai semak ini adalah berupa pertanyaan terhadap diri anda sendiri. Antaranya ialah:

a) Adakah aku amanah

b) Adakah aku adil

c) Adakah aku bersih

d) Adakah aku jujur

e) Adakah aku ikhlas

f) Adakah aku penyabar

g) Adakah aku pemarah

h) Adakah aku bertolak ansur

i) Adakah aku rajin

j) Adakah aku komited

k) Adakah aku pendendam

l) Adakah aku pendengki

m) Adakah aku pengumpat

n) Adakah aku penfitnah

o) Adakah aku emosional

p) Adakah aku profesional

q) Adakah aku mementingkan diri sendiri

r) Adakah aku zalim

s) Adakah aku penganiaya

t) Adakah aku pembimbing

u) Adakah aku perihatin

v) Adakah aku bermuka-muka

w) Adakah aku bersifat kawan makan kawan

x) Adakah aku suka membuat maksiat

y) Adakah aku takut pada Allah

z) Adakah aku lupa hidup di dunia ini hanya sementara sahaja

Oleh itu anda hendaklah sentiasa menyemak atau menilai diri anda dan sekiranya banyak perkara yang dilakukan adalah salah atau tidak baik maka anda hendaklah memperbetulkan segera angar anda mendapat keredaan daripada Illahi.

4 September 2011

DOA UNTUK ORANG ZALIM

Keharusan berdoa kepada orang yang dizalimi supaya ditimpakan laknat dan musibah kepada orang yang zalim. Ia berdasarkan alasan berikut:

1. Sabda Rasulullah saw :

اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله حجاب
[Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan -] (ibnu Hibban)

2. Terlebih dahulu lihatlah kutukan laknat dari Allah swt mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang. Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :

فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون
[Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya]

3. Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang terainaya. Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi. الدعاء سلاح المؤمن ]

4. Adapun langkah menyebut nama di dalam doa sebenarnya tidaklah bercanggah dengan sunnah bahkan Nabi saw pernah menyebut nama-nama mereka yang menentang dan menzalimi baginda saw dan ummat Islam. Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [Uqbah bin Abi Mu'it] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah, sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha, Rasulullah saw berdoa

اللهم عليك بقريش
Ya Allah! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy [sebanyak 3 kali]

5. Sebaik mendengar doa ini, penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba-tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut. lalu Nabi saw menyambung doanya :

اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط

Ya Allah! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam, Utbah bin Rabia'h, Syaibah bin Rabia'h, al Walid bin Utbah, Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't.

Ibnu Masu'd bersumpah: Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya, kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar. Sirah Ibnu Ishaq

6. Dalam Quran Surah al Lahab. Allah swt telah berfirman maksudnya :

تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ (١) مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ (٢) سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ (٣) وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ (٤) فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ (٥)

Celakalah Kedua-dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan. kelak dia akan masuk ke dalam api yang membara. Dan begitu pula isterinya, pembawa kayu api yang dilehernya ada tali dari sabut.

7. Selayaknya orang yang dizalimi bersabar dan bermunajat kepada Allah swt. Allah adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Allah tidak akan mensia-siakan doa hambaNya yang menderita dan sengsara angkara kezaliman

(Artikel ini ditulis oleh: Aminuddin Ruskam 08/12/2009)


Biodata

Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood dilahirkan pada 6 Ogos 1959 di Kota Bharu, Kelantan. Memiliki bacelor ekonomi drp Universiti Malaya pada tahun 1984.

Bertemu jodoh dengan seorang gadis dari Muar, Norsina Panot pada tahun 1981 dan memperolehi lima orang anak iaitu Wan Nur Fazni (USIM), Wan Fahmi (University of Edinburgh), Wan Farhan (Bisnes), Wan Fadhlin Sakina (SMS Ulu Selangor) dan Wan Fakhruddin Atiqi (Darjah 1).

Mula berkhidmat dengan kerajaan Malaysia di Jabatan Penjara sebagai Timbalan Penguasa Penjara pada tahun 1.8.1985.

(21 May 2014: Latest updated)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails