12 Oktober 2011

PENILAIAN UM BERBEZA


Jangan Taksub Kejar Ranking Universiti

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berharap agar tiada sebarang stigma negatif dilemparkan oleh pihak tertentu berhubung kriteria yang diguna pakai oleh penganjur dalam menentukan ranking universiti terbaik dunia.

Menurut beliau, kegagalan Universiti Malaya (UM) tersenarai dalam Times Higher Education (THE) sedangkan dalam masa yang sama tersenarai di kedudukan ke-167 QS World University Ranking 2011/2012 jelas menunjukkan terdapat perbezaan dalam penilaian.

“Hakikatnya, ranking tidak mencerminkan sepenuhnya kedudukan sesebuah universiti. Sebagaimana yang diingatkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 11 September lalu, universiti tidak sepatutnya terlalu taksub mengejar ranking, sebaliknya berusaha memenuhi sasaran penubuhannya dengan menumpukan perhatian kepada keperluan pelajar, rakyat dan kerajaan.

“Universiti-universiti yang menduduki tangga teratas ranking sangat jauh ke hadapan. Bukan sahaja dari aspek umur yang dikaitkan dengan pengalaman dan kematangan, tetapi juga aspek peruntukan kewangan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dari sudut umur, beliau mempersoalkan bagaimana UM yang hanya sekitar 100 tahun dapat dibandingkan dengan universiti seperti Harvard yang berusia 375 tahun, Oxford (915 tahun), Cambridge (1,136 tahun), Caltech (120 tahun) dan Universiti Tokyo yang kini berusia 135 tahun.

“Kalau UM memerlukan RM0.5 bilion untuk membuat penyelidikan berimpak tinggi, bandingkan amaun itu dengan Harvard yang mempunyai tabung sebanyak RM30 bilion hingga RM40 bilion untuk tujuan yang serupa,” katanya.

Dalam pada itu itu, kata beliau, Unimap berbangga dengan penyenaraian tujuh universiti tempatan termasuk UM di antara 500 kelompok terbaik daripada 30,000 universiti seluruh dunia dalam QS World University Ranking.

Ini katanya, menambah azam Unimap dalam merangka pelbagai strategi agar turut tersenarai dalam kelompok tersebut pada masa akan datang.

“Bagi pengukuran kriteria dalam bidang penyelidikan, Unimap telah memperkasa agenda penyelidikan berimpak yang dicerminkan melalui penjanaan penerbitan. Merujuk pangkalan data Scopus, jumlah terkini penerbitan Unimap adalah sebanyak 969,” katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, Unimap menyedari terdapat cabaran tertentu dalam menempa tempat di kalangan 500 universiti terbaik dunia yang mana pada tahun-tahun sebelumnya menggunakan pangkalan data ISI Web of Science.

(Sumber: Utusan Malaysia 12 Oktober 2011)

Begitulah juga penilaian yang dilakukan ke atas seseorang, organisasi, masyarakat dan negara adalah berbeza kerana alat atau pengukuran yang digunakan untuk menilai adalah berbeza. Walau apa pun alat yang digunakan tetapi yang penting ialah usaha dan tindakan yang bersungguh-sungguh hendaklah dilakukan bagi memenuhi keperluan sesiapa atau mana-mana pihak di bawah kawalan anda.

2 ulasan:

  1. dalam kita menentukan ranking seseorang dan organisasi...pada pendapat saya yang paling penting adalah untuk kesejahteraan semua orang dan organisasi...bukan setakat membuat penilaian untuk syok sendiri...beranilah tegur untuk ranking yang baik

    BalasPadam
  2. dalam kita menentukan ranking seseorang dan organisasi...pada pendapat saya yang paling penting adalah untuk kesejahteraan semua orang dan organisasi...bukan setakat membuat penilaian untuk syok sendiri...beranilah tegur untuk ranking yang baik

    BalasPadam

Biodata

Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood dilahirkan pada 6 Ogos 1959 di Kota Bharu, Kelantan. Memiliki bacelor ekonomi drp Universiti Malaya pada tahun 1984.

Bertemu jodoh dengan seorang gadis dari Muar, Norsina Panot pada tahun 1981 dan memperolehi lima orang anak iaitu Wan Nur Fazni (USIM), Wan Fahmi (University of Edinburgh), Wan Farhan (Bisnes), Wan Fadhlin Sakina (SMS Ulu Selangor) dan Wan Fakhruddin Atiqi (Darjah 1).

Mula berkhidmat dengan kerajaan Malaysia di Jabatan Penjara sebagai Timbalan Penguasa Penjara pada tahun 1.8.1985.

(21 May 2014: Latest updated)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails