7 November 2011

KONSEP PENGORBANAN NOVEL KELUARGA GERILYA

Dalam novel sejarah yang amat popular dari Indonesia bertajuk Keluarga Gerilya oleh Pramoedya Ananta Toer mengisahkan keluarga Saaman di zaman revolusi Indonesia terpaksa berkorban segala-galanya seperti dirinya dan keluarga demi memperjuangkan kemerdekaan negaranya daripada penjajah Belanda.

Sewaktu ditahan di penjara, Saaman berkata kepada ketua penjara berbangsa Belanda,

"Revolusi menghendaki segala-galanya... menghendaki korban yang dipilihnya sendiri. Demikian hebatnya revolusi. Kemanusiaanku kukorbankan. Dan sekarang ini... jiwa dan ragaku sendiri. Demikianlah paksaan yang kupaksakan pada diriku sendiri. Kupaksa diriku menjalani kekejaman dan pembunuhan agar orang yang ada di bumi yang kuinjak ini tak perlu lagi berbuat seperti itu... agar mereka itu dengan langsung bisa menikmati kemanusiaan dan kemerdekaan."

Begitulah juga jika anda lihat bagaimana ibu atau bapa anda yang bekerja setiap hari untuk mendapatkan pendapatan agar anda dapat menikmati kehidupan dengan lebih baik. Bukan semua mereka bekerja di tempat yang selamat. Setengahnya berdepan dengan pekerjaan yang berbahaya dan berisiko tinggi termasuk berdepan dengan maut. Bayangkanlah jika bapa anda bekerja sebagai pekerja binaan. Ia terpaksa berada di atas puncak bumbung setinggi ratusan tingkat demi menyiapkan sebuah bangunan pencakar langit!

2 ulasan:

  1. Novel yg penuh dgn semangat, kemanusiaan dan pengorbanan...masih ingat lagi kekuatan novel ini semasa menduduki STPM tahun 1986...

    BalasPadam
  2. Tn,betul...yang penting kita mukhlis...insyAllah segalanya akan berlaku dengan YANG TERBAIK. Pengorbanan senang diucapkan tetapi nak dilaksanakan itu yang berat. InsyALLAH, SEMOGA SEMANGAT Gerilya itu sentiasa bersama kita pegawai penjara.

    BalasPadam

Biodata

Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood dilahirkan pada 6 Ogos 1959 di Kota Bharu, Kelantan. Memiliki bacelor ekonomi drp Universiti Malaya pada tahun 1984.

Bertemu jodoh dengan seorang gadis dari Muar, Norsina Panot pada tahun 1981 dan memperolehi lima orang anak iaitu Wan Nur Fazni (USIM), Wan Fahmi (University of Edinburgh), Wan Farhan (Bisnes), Wan Fadhlin Sakina (SMS Ulu Selangor) dan Wan Fakhruddin Atiqi (Darjah 1).

Mula berkhidmat dengan kerajaan Malaysia di Jabatan Penjara sebagai Timbalan Penguasa Penjara pada tahun 1.8.1985.

(21 May 2014: Latest updated)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails