20 Ogos 2012

SOLAT TANDA TERIMA KASIH

Ramai yang tertanya-tanya kenapa kita selaku orang Islam diwajibkan bersolat fardu lima kali sehari. Antara jawapan yang sering kita dengar ialah kerana:

a) merupakan rukun Islam yang kedua - bererti kita tidak menjadi orang yang beriman sekiranya kita tidak melakukan atau meninggalkannya.

b) merupakan tiang agama - bererti runtuhlah Islam kita apabila perkara utama atau asas telah runtuh.

c) merupakan kewajipan - bererti kita perlu menunaikannya kerana ia sudah menjadi suatu kewajipan kita untuk dilaksanakan.

Walau bagaimana pun, selain daripada tiga sebab di atas masih ada lagi satu sebab penting kenapa kita perlu bersolat iaitu:

Sebagai tanda terima kasih kita kepada Allah kerana telah mengizinkan kita dihidup dan dilahirkan di muka bumi ini.






17 Ogos 2012

HARAPAN



Manusia memiliki sifat yang serba kekurangan. Sejak dari dilahirkan lagi kita sangat bergantung harapan kepada Allah dan manusia. Allah memberi kita kesihatan untuk sepanjang kita dibesarkan. Ibu, selaku manusia menjaga kita dengan penuh perasaan kasih sayang. Bapa pula, terus mencari nafkah untuk memastikan kita dapat dibesar dan menempuh kehidupan dengan sebaik mungkin.




Meletakkan harapan kepada Allah menjadikan hidup anda lebih bahagia bukan shaja di dunia tetapi juga di akhirat. Sebaliknya jika anda meletakkan harapan kepada manusia anda mungkin mendapat kebahagiaan atau kesenangan tetapi ia tidak kekal lama kerana akhirnya anda akan kecewa atau merana.



15 Ogos 2012

ANCAMAN


Anda tidak sedar bahawa anda merupakan seorang yang menjadi ancaman atau tidak kepada seseorang. Reaksinya terhadap anda adalah bergantung kepada tanggapannya (persepsi) kepada anda. Hal ini boleh berlaku di tempat kerja, bisnes, pertubuhan sosial, ekonomi atau politik.




30 Jun 2012

SYABAS KEPADA THE RED WARRIORS

Tahun lepas dalam ruangan Cetusan Minda saya telah mengulas tentang pasukan Kelantan ketika menentang Terengganu pada 14 Oktober 2011 bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dan The Red Warriors Kelantan (TRW) kalah secara agregat 3-5 kepada pasukan Terengganu dalam peringkat suku akhir Piala Malaysia 2011.

Saya menasihatkan kepada kepada KAFA jika ingin terus melihat pasukan Kelantan maju jaya pada masa depan hendaklah memastikan semua pemain bermain secara profesional bukan lagi emosional dan perlu bijak dalam melihat percaturan pihak lawan.

Saya dan seluruh peminat TRW ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemain-pemain Kelantan bukan sahaja kerana memenangi perlawanan menentang Selangor pada 29 Jun 2012 di di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV tetapi kerana kejayaan para pemain dapat mengawal emosi mereka dengan cukup baik dan sangat cool.  

Kelantan berjaya menumpaskan Selangor1-0 dan sekali gus menjadi pendahulu Liga Super 2012. Apa yang menarik perhatian penonton ialah tentang corak permainan Selangor yang begitu agresif dan pemain Kelantan, Mohd Ghaddar sering menjadi mangsa. 


Dua pengulas Astro memberi komen bahawa permainan tersebut dicemari dengan beberapa insiden kekasaran dan yang mendukacitakan kekasaran itu kebanyakannya dilakukan oleh pemain-pemain Selangor. 

Teringat saya suatu maa dulu, pemain-pemain Kelantan sering bertindak kasar namun sekarang sudah terbalik dan nyatalah zaman telah berubah.

Mulanya saya terasa juga kerisauan sekiranya ada pemain Kelantan akan bertindak balas kerana sebelum ini Daudsu agak emosional setiap kali beraksi tetapi malam tadi Daudsu sangat berbeza dan sekalung tahniah diucapkan kepadanya kerana berjaya mengawal emosi dan bertindak profesional.

Apa yang menarik kita tentang sikap yang ditunjuk oleh pemain import Kelantan, Mohd Ghaddar. Ia merupakan pemain yang boleh dijadikan contoh oleh pemain-pemain Malaysia. Ghaddar bukan sahaja bertindak sebagai seorang yang begitu profesional dalam mengawal perasaan tetapi sangat penyabar. Ini terbukti dari apa yang terjadi ke atas dirinya malam tadi. Beliau bukan sahaja dikasari dan dipukul curi oleh seorang pemain tetapi oleh lebih daripada lima orang pemain Selangor berdasarkan rakaman perlawanan secara langsung oleh Astro. Namun Ghaddar tetap cool walaupun setiap kali ia dikasari dan dapat dilihat beliau mengerang kesakitan.

Semoga TRW terus kekal dengan sikap tersebut dan ini selaras dengan hasrat KAFA untuk menjadikan pasukan Kelantan sebagai sebuah pasukan bolasepak yang kuat di Asia. Juga tahniah kepada KAFA dan Tan Sri Annuar Musa.

22 April 2012

SEKELUARGA MASUK ISLAM



Lapan saudara baru memeluk Islam (dari kiri) Teh Chai Kok, Pang Chon Siong, Lau Sook Lee, Pang Yun Ang, Teng Hie King, Alex Chua Kim Soon serta dua anaknya Chua Tsim Yee (baju merah jambu) dan Crystal Chua Tsim Rho pada Majlis Pengislaman Saudara Baru Islam di Surau Agib Kampung Telok Mawar, Bukit Katil, Melaka, semalam. - BERNAMA

MELAKA 21 April - Sejak enam tahun lalu, Alex Chua Kim Soon sering terlihat kalimah Allah pada pokok dan juga di langit sebelum dia terdorong untuk mempelajari tentang Islam dan akhirnya menganuti agama tersebut hari ini.
Ahli perniagaan berusia 37 tahun itu yang kini mengguna nama Iskandar Abdullah, berkata, dia amat bersyukur kerana hasratnya untuk memeluk Islam sejak berbelas-belas tahun dahulu akhirnya tercapai jua.
''Semuanya bermula selepas saya memohon kepada Tuhan supaya diberikan petunjuk selepas merasakan seperti ada yang kurang lengkap di dalam hidup ini. (Utusan Malaysia 22/04/2012)

Kita berharap mereka sekeluarga masuk Islam (bukan masuk Melayu) dan mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Insya Allah.

Biodata

Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood dilahirkan pada 6 Ogos 1959 di Kota Bharu, Kelantan. Memiliki bacelor ekonomi drp Universiti Malaya pada tahun 1984.

Bertemu jodoh dengan seorang gadis dari Muar, Norsina Panot pada tahun 1981 dan memperolehi lima orang anak iaitu Wan Nur Fazni (USIM), Wan Fahmi (University of Edinburgh), Wan Farhan (Bisnes), Wan Fadhlin Sakina (SMS Ulu Selangor) dan Wan Fakhruddin Atiqi (Darjah 1).

Mula berkhidmat dengan kerajaan Malaysia di Jabatan Penjara sebagai Timbalan Penguasa Penjara pada tahun 1.8.1985.

(21 May 2014: Latest updated)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails