30 Jun 2012

SYABAS KEPADA THE RED WARRIORS

Tahun lepas dalam ruangan Cetusan Minda saya telah mengulas tentang pasukan Kelantan ketika menentang Terengganu pada 14 Oktober 2011 bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dan The Red Warriors Kelantan (TRW) kalah secara agregat 3-5 kepada pasukan Terengganu dalam peringkat suku akhir Piala Malaysia 2011.

Saya menasihatkan kepada kepada KAFA jika ingin terus melihat pasukan Kelantan maju jaya pada masa depan hendaklah memastikan semua pemain bermain secara profesional bukan lagi emosional dan perlu bijak dalam melihat percaturan pihak lawan.

Saya dan seluruh peminat TRW ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemain-pemain Kelantan bukan sahaja kerana memenangi perlawanan menentang Selangor pada 29 Jun 2012 di di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV tetapi kerana kejayaan para pemain dapat mengawal emosi mereka dengan cukup baik dan sangat cool.  

Kelantan berjaya menumpaskan Selangor1-0 dan sekali gus menjadi pendahulu Liga Super 2012. Apa yang menarik perhatian penonton ialah tentang corak permainan Selangor yang begitu agresif dan pemain Kelantan, Mohd Ghaddar sering menjadi mangsa. 


Dua pengulas Astro memberi komen bahawa permainan tersebut dicemari dengan beberapa insiden kekasaran dan yang mendukacitakan kekasaran itu kebanyakannya dilakukan oleh pemain-pemain Selangor. 

Teringat saya suatu maa dulu, pemain-pemain Kelantan sering bertindak kasar namun sekarang sudah terbalik dan nyatalah zaman telah berubah.

Mulanya saya terasa juga kerisauan sekiranya ada pemain Kelantan akan bertindak balas kerana sebelum ini Daudsu agak emosional setiap kali beraksi tetapi malam tadi Daudsu sangat berbeza dan sekalung tahniah diucapkan kepadanya kerana berjaya mengawal emosi dan bertindak profesional.

Apa yang menarik kita tentang sikap yang ditunjuk oleh pemain import Kelantan, Mohd Ghaddar. Ia merupakan pemain yang boleh dijadikan contoh oleh pemain-pemain Malaysia. Ghaddar bukan sahaja bertindak sebagai seorang yang begitu profesional dalam mengawal perasaan tetapi sangat penyabar. Ini terbukti dari apa yang terjadi ke atas dirinya malam tadi. Beliau bukan sahaja dikasari dan dipukul curi oleh seorang pemain tetapi oleh lebih daripada lima orang pemain Selangor berdasarkan rakaman perlawanan secara langsung oleh Astro. Namun Ghaddar tetap cool walaupun setiap kali ia dikasari dan dapat dilihat beliau mengerang kesakitan.

Semoga TRW terus kekal dengan sikap tersebut dan ini selaras dengan hasrat KAFA untuk menjadikan pasukan Kelantan sebagai sebuah pasukan bolasepak yang kuat di Asia. Juga tahniah kepada KAFA dan Tan Sri Annuar Musa.

2 ulasan:

  1. Tahniah juga kepada The Red Warriors dari saya..biarpun pasukan Yeop di tangga ke tiga tapi sokongan saya berikan juga kepada TRW kerana mahukan liga diterajui oleh anak tempatan dan bukan Lions XII....
    Di Sandakan juga ramai penyokong TRW terutama di kalangan guru2 dari Kelantan dan tiap kali team TRW bertarung saya akan di up-date oleh salah seorang guru (Cikgu Wan Razali) secara langsung menerusi sms...
    Pernah dipasangnya layar besar di rumahnya semasa siaran langsung yang membabitkan TRW...phehhh...meriah sungguh...maaflah terpanjang pulak komen kali ni, hanya nak berkongsi kemeriahan liga tempatan dan semangatnya di negeri orang...Wassalam.

    BalasPadam
  2. Setuju sangat krn yg penting pasukan dari Malaysia.....

    BalasPadam

Biodata

Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood dilahirkan pada 6 Ogos 1959 di Kota Bharu, Kelantan. Memiliki bacelor ekonomi drp Universiti Malaya pada tahun 1984.

Bertemu jodoh dengan seorang gadis dari Muar, Norsina Panot pada tahun 1981 dan memperolehi lima orang anak iaitu Wan Nur Fazni (USIM), Wan Fahmi (University of Edinburgh), Wan Farhan (Bisnes), Wan Fadhlin Sakina (SMS Ulu Selangor) dan Wan Fakhruddin Atiqi (Darjah 1).

Mula berkhidmat dengan kerajaan Malaysia di Jabatan Penjara sebagai Timbalan Penguasa Penjara pada tahun 1.8.1985.

(21 May 2014: Latest updated)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails