19 Januari 2014

MINTA MENJADI KETUA

Sesetengah orang percaya dengan menjadi ketua bermakna dia akan dipandang tinggi dan mulia lantas hidupnya menjadi bahagia. Di atas kepercayaan itu dia akan menanamkan cita-cita untuk menjadi seorang ketua. Dia akan membuat pelbagai strategi sama ada positif atau negatif bg mencapai apa yg dicita-ctakan itu.

Setiap kali berdoa dia akan meminta atau memohon agar dia bole...
h menjadi ketua. Jika ada pesaing, dia akan mencari utk mengatasinya dengan pelbagai strategi supaya pesaingnya tidak terpilih menjadi ketua.

Orang yang berperangai sedemikian rupa adalah tersilap langkah dan tindakan. Kebahagiaan yang difikirkannya jika berjaya menjadi ketua hanyalah merupakan andaian dan tanggapan dirinya sendiri shj. Bahkan jika kita berjaya pun, bukan kebahagiaan yg kita dapat tetapi bebanan kerja dan tanggungjawab yg tidak terpikul oleh kita.

Sabda Rasulullah saw,

"Hai Abdurrahman! Jangan kamu minta untuk menjadi ketua, kerana kalau kamu diberinya padahal kamu tidak minta, maka kamu akan diberi pertolongan, tetapi jika kamu diberinya itu lantaran minta, maka kamu akan dibebaninya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Biodata

Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood dilahirkan pada 6 Ogos 1959 di Kota Bharu, Kelantan. Memiliki bacelor ekonomi drp Universiti Malaya pada tahun 1984.

Bertemu jodoh dengan seorang gadis dari Muar, Norsina Panot pada tahun 1981 dan memperolehi lima orang anak iaitu Wan Nur Fazni (USIM), Wan Fahmi (University of Edinburgh), Wan Farhan (Bisnes), Wan Fadhlin Sakina (SMS Ulu Selangor) dan Wan Fakhruddin Atiqi (Darjah 1).

Mula berkhidmat dengan kerajaan Malaysia di Jabatan Penjara sebagai Timbalan Penguasa Penjara pada tahun 1.8.1985.

(21 May 2014: Latest updated)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails