19 Januari 2014

KEWAJIPAN PARA HAKIM


Tugas hakim untuk mendengar hujah daripada kedua2 pihak iaitu yang mendakwa dan yang kena dakwa. Ia perlu menjatuhkan hukuman sama ada bersalah atau tidak dengan seadil-adilnya.

Firman Allah swt,

"Dan jika kamu menghukum antara manusia hendaklah kamu hukum dengan seadil-adilnya" (An-Nisaa: ayat 58)

Hakim perlu mencari dan mengetahui kebenaran sebelum menjatuhkan hukuman agar hukuman yang dijatuhkan itu merupakan kebenaran.

Sabda Nabi Muhammad saw,

"Hakim itu ada tiga: seorang di syurga, dan dua orang di neraka, yang seorang, ia mengetahui kebenaran dan memutuskan dengan kebenaran tersebut (ia layak mendapat syurga). Orang mengetahui kebenaran, tapi ia melanggarnya dalam memutuskan hukum. Kerana itu ia mendapat neraka. Dan orang dengan kebodohannya , menetapkan hukum untuk manusia (sehingga menjadi salah dalam menetapkannya), maka ia dapat neraka”. (HR. Abu Dawud)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Biodata

Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood dilahirkan pada 6 Ogos 1959 di Kota Bharu, Kelantan. Memiliki bacelor ekonomi drp Universiti Malaya pada tahun 1984.

Bertemu jodoh dengan seorang gadis dari Muar, Norsina Panot pada tahun 1981 dan memperolehi lima orang anak iaitu Wan Nur Fazni (USIM), Wan Fahmi (University of Edinburgh), Wan Farhan (Bisnes), Wan Fadhlin Sakina (SMS Ulu Selangor) dan Wan Fakhruddin Atiqi (Darjah 1).

Mula berkhidmat dengan kerajaan Malaysia di Jabatan Penjara sebagai Timbalan Penguasa Penjara pada tahun 1.8.1985.

(21 May 2014: Latest updated)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails